Friday, November 11, 2011

kongsi citer ttg nafkah

sje nk share story about nafkah..cehhhhh sjak2 kawen sgguh hebat kn..ahahahaaha....

Nafkah dari segi istilah ialah semua perkara yang diperlukan oleh manusia seperti makanan, minuman, pakaian dan tempat tinggal.

Dalil Pesyariatan
Firman Allah SWT yang bermaksud;
"Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan, oleh kerana Allah telah melebihkan
orang-orang lelaki (dengan beberapa keistimewaan) atas orang perempuan, dan juga kerana orang lelaki telah membelanjakan (memberi nafkah)
sebahagian daripada harta mereka". (Surah al-Nisa' 34)

Firman Allah SWT yang bermaksud;

"...Dan kewajipan bapa pula ialah memberikan makanan dan pakaian kepada ibu menurut cara yang sepatutnya". (surah al-Baqarah:233)

Jenis-jenis Nafkah
Di antara hak-hak yang boleh dituntut oleh isteri/anak di Mahkamah Syariah adalah seperti berikut:
1. Nafkah diri
2. Nafkah anak
3. Tunggakan nafkah isteri
4. Tunggakan nafkah anak
5. Hak mendapatkan tempat tinggal
6. Nafkah eddah

1. Nafkah Diri
Mengikut Hukum Syarak isteri yang taat dan tidak disabitkan nusyuz oleh Mahkamah Syariah berhak mendapat nafkah daripada suaminya. Perkara ini
diperuntukkan di bawah seksyen ?????????

Tertakluk kepada Hukum Syarak dan pengesahan Mahkamah, seseorang isteri tidaklah berhak mendapat nafkah apabila dia nusyuz atau enggan
dengan tidak berpatutan menurut kemahuan atau perintah suaminya iaitu antara lain;
a) apabila dia menjauhkan dirinya dari suaminya;
b) apabila dia meninggalkan rumah suaminya bertentangan dengan kemahuan suaminya; atau
c) apabila dia enggan berpindah bersama suaminya ke satu rumah atau tempat lain, tanpa apa-apa sebab yang sah mengikut Hukum Syarak.

2. Nafkah Anak
Nafkah anak ialah nafkah yang wajib diberikan oleh bapa kepada anak-anak di bawah tanggungannya samada perbelanjaan makan minum, tempat
tinggal, pakaian, perubatan dan pelajaran yang munasabah mengikut kemampuannya.

3. Tunggakan Nafkah Isteri
Tunggakan nafkah ialah nafkah yang tidak ditunaikan oleh suami kepada isterinya dalam tempoh perkahwinan dan menjadi hutang ke atas suaminya
dan wajib dibayar. Tunggakan ini boleh dituntut di mana-mana Mahkamah Syariah.

4. Tunggakan Nafkah Anak
Nafkah anak wajib dikeluarkan oleh bapa. Sekiranya nafkah tersebut tidak dijelaskan, maka ia akan menjadi hutang yang perlu dibayar. Nafkah anak menjadi hutang melainkan diperintahkan oleh mahkamah.
5. Hak Mendapatkan Tempat Tinggal
Hak tempat tinggal wajib disediakan oleh suami sepanjang tempoh perkahwinan.
Di dalam seksyen 72(1) Enakmen Keluarga Islam 2004 memperuntukkan perempuan yang diceraikan berhak tinggal di rumah di mana dia biasa tinggal semasa dia berkahwin selagi suami tidak mendapatkan tempat tinggal lain yang sesuai untuknya.

Hak tempat tinggal akan terhenti jika tempoh eddah telah tamat atau tempoh penjagaan anak telah tamat atau perempuan itu telah berkahwin
semula atau jika perempuan itu telah bersalah melakukan perbuatan memberahikan secara terbuka (fahisyah). Setelah berlaku salah satu perkara tersebut, suami boleh memohon kepada mahkamah untuk dikembalikan rumah itu kepadanya.

6. Nafkah Eddah
Nafkah eddah ialah nafkah yang wajib diberi oleh suami kepada isteri yang diceraikan selama masa berada dalam tempoh eddah raji'e. Nafkah eddah meliputi saraan keperluan asasi mengikut hukum syarak iaitu makanan, pakaian dan tempat tinggal.

ok ihsan dri website najmi & associates yg aku bace...lalalalllaalaa

No comments: